Yang dinanti akhirnya tiba! Selepas memperlihatkan poster rasmi filem Mat Kilau beberapa hari lalu, kini Studio Kembara telah memperlihatkan trailer rasmi pertama filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan. Saksikan trailer tersebut di bawah:

BERKAITAN: Filem Mat Kilau Bakal Ditayangkan Di Pawagam Bermula 23 Jun Ini

Dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin, Johan As’ari, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby dan Ellie Suriaty, selain menampilkan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.

Dari trailer yang ditampilkan, nampaknya aksi dan perjalanan cerita yang ditampilkan sememangnya menarik! Barisan pelakon berpengalaman yang ditampilkan juga sudah pasti menjanjikan suatu pengalaman filem yang menarik. Diharapkan jalan cerita filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan ini tidaklah mengecewakan, walaupun diketahui kebiasaan bagi filem-filem sejarah sebegini, ada beberapa jalan cerita yang adegan yang akan diolah semula untuk menampilkan pengalaman menonton filem yang lebih menarik kepada penonton.

Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof ini akan ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post