Selepas lima tahun berhadapan dengan tekanan yang hebat dan beberapa siri kemurungan, eksekutif pengiklanan yang berjaya, Hong Yesul sudah hampir putus asa dengan majikannya yang terlalu mendominasi. Majikannya, Cha Minhoo merupakan seorang yang sangat berjaya, walaupun tidak disenangi malah dibenci oleh orang bawahannya. Tetapi apabila berlaku satu kemalangan di tempat kerjanya yang mencetuskan keupayaan Yesul untuk melihat masa depan, dia mendapati sesuatu yang mustahil bakal berlaku - gambar dia dan lelaki yang paling dibenci dalam syarikat itu sebagai pasangan romantik. Ketahui apa yang berlaku dalam komedi romantis Kiss Sixth Sense yang akan dilancarkan sebagai Star Original secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 25 Mei 2022.


Berdasarkan web novel yang terkenal juga dengan tajuk sama, Kiss Sixth Sense dibintangi bintang K-Pop terkenal, Yoon Kyesang (Spiritwalker, Crime Puzzle, Chocolate) sebagai Cha Minhoo, di samping Seo Ji-Hye yang mengecap populariti melalui siri terkenal Crash Landing on You, yang melakonkan watak Hong Yesul. 

Siri Kiss Sixth Sense ditulis oleh Gatnyeo, yang juga merupakan penulis asal untuk siri web novel popular, Kiss Sixth Sense dan diarahkan oleh Nam Kihoon (Oh My Baby, Tunnel). 

Kiss Sixth Sense boleh distrim secara eksklusif di saluran Disney+ Hotstar mulai 25 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post