SPOTV yang merupakan anak syarikat Eclat Media Group dari Korea Selatan, dan memiliki saluran sukan nombor satu di Korea Selatan, SPOTV, selain turut bersiaran di negara Asia Tenggara terpillih seperti Malaysia (Astro, Unifi TV), Filipina (Cignal, Skycable), dan Singapura (Singtel TV, StarHub TV).

BERKAITAN: SPOTV Akan Menyiarkan All Elite Wrestling Secara Ekslusif Di Malaysia

Terbaharu, SPOTV memulakan tahun baru dengan membawakan yang terbaik dari sukan dan hiburan dan menawarkan peminat sukan dua minggu konten premium secara percuma di aplikasi penstriman mereka, SPOTV NOW apabila mereka mendaftar antara 16 hingga 29 Januari 2023.

Percubaan percuma akan membenarkan pelanggan biasa untuk menikmati konten premium seperti konten secara langsung on demand dan strim secara langsung perlumbaan Formula E, termasuk memonton kontent on-demand di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Antara acara sukan yang akan berlangsung pada Januari yang boleh disaksikan secara percuma dengan percubaan percuma adalah perlumbaan Formula E World Championshops di Diriyah, Arab Saudi dan Hyderabad, India, dan juga boleh terus strim All Elite Wrestling (AEW). Siaran AEW dapat ditonton setiap Khamis, 6 petang (Dynamite) dan setiap Sabtu jam 6 petang (Rampage).

Para pelanggan kemudian boleh memilih untuk melanggan akaun premium selepas tamat percubaan percuma pada harga hanya RM8.90 sebulan.

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga kandungan belakang tabir serta liputan di lokasi di laman media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter.

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV boleh ditonton di 8 negara (Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan kawasan Asia Timur terpilih seperti Macau dan Mongolia)


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post