Sah, filem biopik Michael Jackson akan dihasilkan!

Dalam satu pengumuman pada semalam, studio perfileman Lionsgate mengumumkan yang filem biopik Michael Jackson akan dihasilkan, diberikan tajuk Michael, dan diarahkan oleh Antoine Fuqua.

Menurut pengumuman oleh Lionsgate tersebut, filem Michael akan memberikan penonton “kisah yang belum pernah dikongsikan sebelum ini dan penceritaan mendalam tentang seorang lelaki yang kompleks yang menjadi King of Pop". Filem tersebut akan menelusuri seluruh aspek kehidupan Michael, termasuklah persembahan ikoniknya yang membolehkannya dinobatkan sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan. Buat masa ini, masih belum ada perincian lain tentang penghasilan filem biopik berkenaan. 

Manakala berikut adalah kenyataan dari pengarah filem Michael, iaitu Antoine Fuqua;

The first films of my career were music videos, and I still feel that combining film and music are a deep part of who I am. For me, there is no artist with the power, the charisma, and the sheer musical genius of Michael Jackson. I was influenced to make music videos by watching his work — the first Black artist to play in heavy rotation on MTV. His music and those images are part of my worldview, and the chance to tell his story on the screen alongside his music was irresistible.

Ramai menganggap Michael Jackson sebagai salah seorang penghibur terbaik dunia. Selain merupakan salah seorang artis yang mencatatkan rekod jualan album tertinggi dalam sejarah, beliau juga merupakan artis yang paling banyak menerima anugerah. Antara pencapaian terbaiknya adalah disenaraikan dalam senarai berprestij Rock and Roll Hall of Fame.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post