Meneruskan perjalanannya untuk membalas dendam, Moon Dong-eun akan menyambung kembali kisahnya sebelum ini dalam siri The Glory Part 2, yang akan ditayangkan pada 10 Mac 2023. Dibintangi Song Hye-kyo sebagai watak utama, drama balas dendam itu menceritakan kisah seorang wanita yang mendedikasikan dua dekad dalam hidupnya untuk merancang rangkaian dendam yang teliti terhadap pembuli zaman kanak-kanaknya.

Sejak ditayangan pada 30 Disember 2022 yang lalu, The Glory Part 1 mencatatkan jumlah tontonan 148 juta jam secara keseluruhan, menduduki tempat teratas dalam carta selama tiga minggu berturut-turut, dan kekal dalam senarai 10 teratas di 34 negara, termasuk Malaysia.

Penulis, Kim Eun-sook menyatakan dengan yakin;

If you’ve watched Part 1, you won’t be able to resist Part 2. Part 2 is refreshingly satisfying and shockingly intense.

Pengarah An Gil-ho menambahkan lagi keterujaan dengan berkata;

The fight between Dong-eun and Yeon-jin really takes off and the perpetrators dynamically meet their end. You won’t be able to take your eyes off of the screen. All elements of the story will now come full circle.

Saksikan dendam Moon Dong-eun yang semakin terungkai apabila The Glory Part 2 ditayangkan pada 10 Mac ini. Sementara menantikan tarikh tersebut, tonton semula The Glory Part 1 yang kini distrim di Netflix.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post