Menurut laporan oleh pihak berkuasa New York, pelakon filem Ant-Man & The Wasp: Quantumania dan Creed III, iaitu Jonathan Majors dilaporkan telah ditahan polis selepas satu panggilan kecemasan diterima di talian 911 pada Sabtu, jam 11.00 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan oleh Associated Press, seorang jurucakap kepada NYPD memberikan kenyataan yang menyebut:

The victim informed police she was assaulted. Officers placed the 33-year-old male into custody without incident. The victim sustained minor injuries to her head and neck and was removed to an area hospital in stable condition.

Jurucakap tersebut turut menyatakan yang aktor berkenaan telah dibebaskan oleh pihak NYPD pada Sabtu malam. Walau bagaimanapun, jurucakap kepada Majors telah menafikan dakwaan tersebut, dan menyatakan:

He has done nothing wrong. We look forward to clearing his name and clearing this up.

BERKAITAN: Warner Bros. Dan DC Menghentikan Penglibatan Ezra Miller Dalam Filem Akan Datang?

Makala menurut laporan oleh portal TMZ pula, dakwaan yang dikenakan terhadap Majors termasuklah mencekik, serangan dan gangguan. Sumber mereka turut menyatakan yang mangsa dimaksudkan adalah teman wanita Majors, dan kejadian tersebut berlaku pada malam sebelumnya. Tambah sumber berkenaan:

Our sources say police were told the girlfriend saw another woman texting Majors, and she confronted him — trying to sneak a peek at his phone. We’re told the alleged victim/GF claims this got Majors mad, and that he allegedly grabbed her hand and allegedly slapped her. We’re also told the alleged victim claims he put his hands around her neck during this.

Adakah kejadian ini bakal mengganggu komitmen masa depan Majors, yang tampil sebagai Kang the Conqueror dalam filem Ant-Man & The Wasp: Quantumania yang sudah tentunya telah menandatangani perjanjian tampil dalam beberapa filem MCU akan datang? 

Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu kes ini, dan apakah kesannya kepada watak Kang nanti.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post