Beberapa gambar terbaharu di set penggambaran filem Joker: Folie à Deux telah didedahkan, memperlihatkan penyanyi Lady Gaga dalam persalinan watak Harley Quinn sekaligus memberikan pandangan awal watak berkenaan dalam filem sambungan Joker itu. 

Penyanyi yang juga tidak asing sebagai pelakon itu dapat dilihat mengenakan solekan penuh untuk watak side-kick kepada Joker berkenaan. Saksikan gambar-gambar tersebut di bawah:


Joker: Folie à Deux diarahkan oleh Todd Phillips, menampilkan semula Joaquin Phoenix sebagai Joker selepas memenangi Anugerah Oscar untuk watak berkenaan, selain turut menampilkan Zazie Beetz, Brendan Gleeson, Catherine Keener, Jacob Lofland dan Harry Lawtey.

Filem Joker (2019) merekodkan kutipan keseluruhan box-office sebanyak USD1 bilion, menjadikannya filem dengan penarafan R (Restricted) dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Ia juga memenangi Anugerah Oscars dan Anugerah Golden Globes bagi kategori Best Actor dan Best Original Sound.

 Filem Joker: Folie à Deux dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 4 Oktober 2024.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post