Poster baharu filem Shazam! Fury of the Gods telah diperlihatkan, memberikan bayangan jelas yang Shazam akan bertarung dengan naga (yang kemungkinan merupakan eksploitasi kuasa oleh anak-anak perempuan dewa Atlas iaitu Hespera dan Kalypso, yang dilakonkan oleh Helen Mirren dan Lucy Liu.

Saksikan poster terbaharu filem Shazam! Fury of the Gods di bawah:

BERKAITAN: Saksikan Trailer Terbaharu Filem Shazam! Fury of the Gods!

Filem Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai Billy Batson/ Shazam, selain barisan pelakon seperti Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans dan Cooper Andrews.

Filem Shazam! Fury of the Gods diarahkan oleh David F. Sandberg, dan dijadualkan untuk tayangan pada 17 Mac 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post