Sebagai keluarga superhero pertama Marvel, penghasilan filem Fantastic Four di bawah payung MCU sememangnya amat dinanti-nantikan. 

Terbaharu, dalam satu temubual bersama portal The Wrap, pengarah Matt Shakman telah mendedahkan yang filem Fantastic Four akan memulakan penggambaran pada awal tahun 2024.

BERKAITANMarvel Studios Dilaporkan Sedang Memuktamadkan Pengarah Untuk Filem Fantastic Four

Shakman mengambil alih kerusi pengarah Fantastic Four dari pengarah asal, Jon Watts yang menarik diri kerana ingin berehat dari mengarahkan filem superhero. Shakman sebelum ini berpengalaman bekerjasama dengan Marvel dalam penghasilan siri Disney+ WandaVision

Menariknya, Shakman `mengosongkan´ kerusi pengarah filem Star Trek 4 (terbitan Paramount) demi mengambil alih tugas pengarah untuk filem Fantastic Four. Menurut Shakman;

I had a great time working on Star Trek for a little over a year, working closely with J.J. Abrams and everyone at Paramount. I love that franchise, and I love that cast that J.J. put together, and it would have been an unbelievable pleasure to work with them on the fourth installment there. But movies have different journeys and momentums and and schedules are a little bit mercurial, and so when the Fantastic Four opportunity came up, it was just too hard to pass up, and to go back home to Marvel, a place that I worked on WandaVision at, with those people who are wonderful collaborators.

BERKAITANPengarah Filem Fantastic Four Tarik Diri, Siapakah Penggantinya?

Selain dari projek filem bersama Marvel Studios, Shakman turut akan mengarahkan dua episod pertama siri akan datang MonsterVerse untuk studio Legendary, yang akan ditayangkan di Apple TV+. 

Ketika ditanya tentang barisan pelakon yang akan tampil dalam filem Fantastic Four, ini jawapan Shakman;

All the casting stuff you see is just rumors. We are early in our process there. We have nothing to announce right now, and certainly, when we do we’ll let you know.

Filem Fantastic Four dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 14 Februari 2025.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post