Netflix telah mengumumkan yang siri Berlin akan ditayangkan pada Disember 2023!

Merupakan spin-off kepada siri Money Heist (atau tajuk asalnya La casa de papel ), Pedro Alonso menyambung wataknya sebagai Andrés de Fonollosa atau Berlin, yang menelusuri perjalanan watak tersebut dalam salah satu rompakannya yang luar biasa. 

Hanya ada dua perkara yang pasti mengubah hari yang buruk menjadi hari yang hebat: cinta dan hari gaji yang bernilai berjuta-juta. Itulah yang membuatkan Berlin terus bekerja, mengetepikan penyakitnya dan masih belum terperangkap seperti tikus di Spanish Mint. Di sinilah dia mula mempersiapkan salah satu rompakannya yang paling luar biasa: bagaimana membuatkan sebutir permata bernilai 44 juta hilang begitu sahaja seolah-seolah seperti permainan silap mata. Untuk melakukannya, dia terpaksa meminta bantuan salah satu daripada tiga kumpulan yang pernah bekerja dengannya.

Barisan pelakon lain adalah seperti Michelle Jenner (sebagai Keila), Tristán Ulloa (sebagai Damián), Begoña Vargas (sebagai Cameron), Julio Peña Fernández (sebagai Roi), and Joel Sánchez (sebagai Bruce), yang kesemuanya melakonkan ahli pasukan kepada Berlin.

Berlin dihasilkan oleh Álex Pina dan Esther Martínez Lobato, dan siri lapan episod tersebut diarahkan oleh Albert Pintó, David Barrocal dan Geoffrey Cowper.

Untuk rekod, siri Berlin memulakan penggambaran di Paris pada Oktober tahun lepas, dan kini masih menjalani penggambaran di Madrid.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post