Siri animasi tempatan, Mechamato berjaya dinobatkan sebagai juara kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023

Berita tersebut telah diumumkan menerusi perkongsian CEO Monsta, Nizam Abd Razak di Facebook peribadinya seperti di bawah:

Untuk rekod, kategori Anime Fan Award di mana Mechamato dipertandingkan adalah dipilih daripada penerbitan yang ditayangkan dari tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2022. Daripada 412 anime yang ditayangkan sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 100 anime (di mana 20 daripadanya dalam kategori filem, manakala 80 lagi dalam kategori TV) telah dipertandingkan, dan dipilih oleh para peminat anime secara undian dalam talian. 

Akhirnya, setelah selesai proses pengundian, Mechamato muncul sebagai pemenang kategori Anime Fan Award di acara TAAF 2023, dengan memperolehi sebanyak 40,590 undian daripada keseluruhan 183,364 undian.

Tahniah diucapkan kepada team Mechamato dan Monsta!


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post