Waktu tayangan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini didedahkan! 

Menurut Fandango, filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah 125 minit, ataupun 2 jam 5 minit. Waktu tayangan ini adalah hampir dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, iaitu 2 jam 6 minit, namun lebih pendek berbanding filem MCU yang terbaharu, Black Panther: Wakanda Forever iaitu 2 jam 41 minit. 

Sinopsis rasmi filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah seperti berikut:

In the film, which officially kicks off phase 5 of the Marvel Cinematic Universe, Super-Hero partners Scott Lang (Paul Rudd) and Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) return to continue their adventures as Ant-Man and the Wasp. Together, with Hope’s parents Hank Pym (Michael Douglas) and Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer), the family finds themselves exploring the Quantum Realm, interacting with strange new creatures and embarking on an adventure that will push them beyond the limits of what they thought was possible.

BERKAITAN: Trailer Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania Diperlihatkan!

Filem ketiga Ant-Man ini dikhabarkan akan membawa beberapa perubahan signifikan kepada MCU. Antaranya adalah penampilan antagonis Kang the Conqueror, di samping pengenalan watak villain M.O.D.O.K dalam penampilan live-action sulungnya dalam filem MCU.

Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania kembali menampilkan Paul Rudd dan Evangeline Lilly sebagai Scott Lang/Ant-Man dan Hope van Dyne/Wasp, selain penampilan semula Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer melakonkan watak Hank Pym dan Janet Van Dyne. Ianya turut akan menampilkan buat pertama kalinya Kathryn Newton yang mengambil alih peranan sebagai watak Cassie Lang. Jonathan Majors melakonkan watak villain Kang the Conqueror, selain bintang Ghostbusters, Bill Murray yang bakal melakonkan satu watak yang masih dirahsiakan.

Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania diarahkan oleh Peyton Reed, dan dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 17 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post