Sony Pictures telah memperlihatkan poster rasmi filem animasi terbaharu mereka, iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse, filem sambungan kepada filem Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) yang memenangi Anugerah Oscars. 

Saksikan poster rasmi filem Spider-Man: Across the Spider-Verse di bawah:

BERKAITAN: Miles Dan Gwen Bersatu Kembali Dalam Trailer Baharu Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse

Berdasarkan poster yang ditampilkan, filem Spider-Man: Across the Spider-Verse semestinya akan membawakan ciri animasi unik yang memukau peminat seperti mana filem terdahulu, di samping membawakan barisan watak-watak baharu Spider-Man dan Spider-People dari pelbagai multiverse dan penerbitan yang pernah dihasilkan oleh Marvel. Antara watak yang telah disahkan tampil dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse ini adalah seperti Spider-Punk, Scarlet Spider, Web-SlingerSpider-Man 2099, Spider-Woman, Spider Cat dan Spider-Man dari siri animasi The Spectacular Spider-Man kegemaran ramai yang bersiaran antara tahun 2008-2009.

Berikut adalah sinopsis rasmi filem Spider-Man: Across the Spider-Verse:

Miles Morales returns for the next chapter of the Spider-Verse saga, Spider-Man: Across the Spider-Verse. After reuniting with Gwen Stacy, Brooklyn’s full-time, friendly neighborhood Spider-Man is catapulted across the Multiverse, where he encounters a team of Spider-People charged with protecting its very existence. But when the heroes clash on how to handle a new threat, Miles finds himself pitted against the other Spiders and must redefine what it means to be a hero so he can save the people he loves most.

Pelakon suara yang kembali untuk filem Spider-Man: Across the Spider-Verse ini adalah Shameik Moore (sebagai Miles Morales/ Spider-Man), Hailee Steinfeld (sebagai Gwen Stacy/ Spider-Gwen, Jake Johnson (sebagai Peter B. Parker/ Spider-Man), Brian Tyree Henry (sebagai Jefferson Davis), Luna Lauren VĂ©lez (sebagai Rio Morales), dan Oscar Isaac (sebagai Miguel O’Hara/ Spider-Man 2099).

BERKAITAN: Tajuk Terbaharu Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse – Part II Diumumkan

Mereka turut disertai oleh Daniel Kaluuya (sebagai pelakon suara untuk watak Hobart “Hobie” Brown/ Spider-Punk), Issa Rae (sebagai Jessica Drew/ Spider-Woman), Shea Whigham (sebagai Kapten George Stacy) dan Jason Schwartzman (sebagai penjahat, Spot).

Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson, dan dijadualkan untuk tayangan oleh Sony Pictures Animation pada 2 Jun 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post