Di penghujung filem Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018), sememangnya telah diacah akan ada sambungan filem tersebut, di mana watak Gwen Stacy/ Spider-Gwen telah berjaya menghubungi semula Miles Morales dari dunia realitinya. Dan baru-baru ini, Sony Pictures telah berkongsikan trailer pertama filem Spider-Man: Across the Spider-Verse yang merupakan sambungan filem itu.

Saksikan trailer filem Spider-Man: Across the Spider-Verse di bawah:

BERKAITAN: Karya Promo Produk Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse Berikan Bayangan Watak Spider-Man Baharu!

Pelakon suara yang kembali untuk filem Spider-Man: Across the Spider-Verse ini adalah Shameik Moore (sebagai Miles Morales/ Spider-Man), Hailee Steinfeld (sebagai Gwen Stacy/ Spider-Gwen, Jake Johnson (sebagai Peter B. Parker/ Spider-Man), Brian Tyree Henry (sebagai Jefferson Davis), Luna Lauren VĂ©lez (sebagai Rio Morales), dan Oscar Isaac (sebagai Miguel O’Hara/ Spider-Man 2099).


Mereka turut disertai oleh Daniel Kaluuya (sebagai pelakon suara untuk watak Hobart “Hobie” Brown/ Spider-Punk), Issa Rae (sebagai Jessica Drew/ Spider-Woman), Shea Whigham (sebagai Kapten George Stacy) dan Jason Schwartzman (sebagai penjahat, Spot).

Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson, dan dijadualkan untuk tayangan oleh Sony Pictures Animation pada 2 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post