Berikut merupakan teaser trailer pertama Margot Robbie sebagai Barbie, watak permainan anak patung terkemuka yang kini difilemkan.

Teaser pendek yang ditunjukkan pada Jumaat lepas itu memperlihatkan Margot Robbie sebagai Barbie pertama, sambil mengenyitkan mata kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain mainan anak patung yang kelihatan kotor dan primitif. 

Video teaser Barbie itu menggunakan suara latar pelakon ikonik Helen Mirren, yang mana turut menampilkan sepintas lalu pandangan aktor Ryan Gosling sebagai Ken, dan Simu Liu menari.

Filem Barbie menandakan pertama kalinya watak permainan terkenal itu dijelmakan dalam sebuah filem live-action.

Filem Barbie diarahkan oleh Greta Gerwig, dan menampilkan barisan pelakon seperti Margot Robbie, Ryan Gosling, Simu Liu, America Ferrera, Kate McKinnon, Ariana Greenblatt, Alexandra Shipp, Emma Mackey, Kingsley Ben-Adir, Issa Rae, Michael Cera, Rhea Perlman, Will Ferrell dan Nicola Coughlan. Penghasilkan filem Barbie telah dirancang sejak 8 tahun lalu.

Melalui temuramah bersama The Hollywood Reporter, Margot Robbie berkata;

We like the things that feel a little left of center. Something like Barbie where the IP, the name itself, people immediately have an idea of, ‘Oh, Margot is playing Barbie, I know what that is,’ but our goal is to be like, ‘Whatever you’re thinking, we’re going to give you something totally different — the thing you didn’t know you wanted’…can we truly honor the IP and the fan base and also surprise people? Because if we can do all that and provoke a thoughtful conversation, then we’re really firing on all cylinders.

Filem Barbie dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 21 Julai 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post