United International Pictures (UIP Malaysia) telah berkongsikan apa yang digelar "The Biggest Stunt in Cinema History", memperlihatkan adegan belakang tabir persediaan dan pembikinan aksi lagak ngeri dilakonkan aktor Tom Cruise untuk filem Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One. Saksikan video belakang tabir yang merakamkan aksi stunt tersebut di bawah:

BERKAITAN: Saksikan Teaser Trailer Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One

Video featurette itu memperlihatkan Tom Cruise dan pasukkan bersedia untuk melakukan lompatan menggunakan motosikal dari sebuah tebing tinggi di Hellesylt, Norway yang merupakan kemuncak stunt bagi filem terbaharunya, Mission Impossible - Dead Reckoning Part One. Persediaan rapi dilakukan melibatkan tanjakan buatan, di mana Cruise memecut motosikal dinaikinya sehingga ke penghujung tanjakan dan diakhiri dengan lompatan sebelum Cruise mendarat dengan menggunakan payung terjun.

Diarahkan oleh Christopher McQuarrie dan dibintangi oleh Tom Cruise, filem Mission Impossible - Dead Reckoning Part One ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Hayley Atwell, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai watak penjahat utama. Selain itu, ianya turut menampilkan Henry Czerny, Rob Delaney, Cary Elwes, Indira Varma, Mark Gatiss, Charles Parnell, Greg Tarzan Davis dan Frederick Schmidt.

Filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One, dijadualkan untuk tayangan pada 13 Julai 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post