Sempena musim cuti sekolah dan perayaan Krismas yang semakin menjelang, Netflix telah menyenaraikan jadual tayangan siri TV dan filem mereka untuk tempoh 19 hingga 25 Disember 2022. Dari Matilda The Musical, seterusnya filem sambungan yang dinanti-nantikan iaitu Glass Onion: A Knives Out Mystery, sehinggalah ke penampilan Tan Sri Michelle Yeoh dalam siri TV The Witcher: Blood Origin, berikut adalah beberapa highlight tayangan siri dan filem Netflix mulai 19 hingga 25 Disember 2022:

Emily in Paris Musim 3 (mulai 21 Disember 2022)

Setahun selepas berpindah ke Paris untuk mengejar impian, Emily kini berhadapan di persimpangan antara karier dan perhubungan yang akan memaksanya untuk memilih yang terbaik untuk masa depannya. 

Alice in Borderland Musim 2 (mulai 22 Disember 2022)

Permainan menjadi semakin merbahaya, dunia menjadi semakin liar dan kejam; tetapi dapatkah Arisu kembali ke ke dunia sebenar — dan adakah ianya berbaloi? 

Glass Onion: A Knives Out Mystery (mulai 23 Disember 2022)

Sambungan kepada filem Knives Out arahan Rian Johnson, Detektif Benoit Blanc mengembara ke Greece untuk 'mengupas' misteri baharu melibatkan suspek dengan pelbagai latar belakang.  

The Witcher: Blood Origin (mulai 25 Disember 2022)

Lebih seribu tahun sebelum kejadian dalam siri TV The Witcher, tujuh orang terbuang dalam dunia elf bergabung tenaga dalam pengembaraan menentang satu kuasa yang tak terkalah. 

Roald Dahl's Matilda The Musical (mulai 25 Disember 2022)

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Matilda dengan ketajaman minda luar biasa dan imaginasi tinggi mengambil langkah berani untuk mengubah jalan hidupnya — dengan keputusan yang memberangsangkan. 


Berikut adalah senarai penuh tayangan siri TV dan filem Netflix untuk tempoh 19 hingga 25 Disember 2022:

19 Disember 2022 (Isnin)

Trolley — SIRI TV NETFLIX

Trolls

20 Disember 2022 (Selasa)

A Not So Merry Christmas — FILEM NETFLIX

The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 1 — ANIME NETFLIX 

21 Disember 2022 (Rabu)

Disconnect: The Wedding Planner — FILEM NETFLIX

Emily in Paris: Season 3 — SIRI TV NETFLIX

I AM A KILLER: Season 4 — DOKUMENTARI NETFLIX

22 Disember 2022 (Khamis)

Alice in Borderland: Season 2 — SIRI TV NETFLIX

Mathieu Dufour at Bell Centre — KOMEDI NETFLIX

23 Disember 2022 (Jumaat)

Glass Onion: A Knives Out Mystery — FILEM NETFLIX

Piñata Masters! — SIRI TV NETFLIX

25 Disember 2022 (Ahad)

After Ever Happy

Daughter From Another Mother: Season 3 — SIRI TV NETFLIX

Roald Dahl’s Matilda The Musical — FILEM NETFLIX

Time Hustler — SIRI TV NETFLIX

The Witcher: Blood Origin — SIRI TV NETFLIX

Vir Das: Landing — KOMEDI NETFLIX


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post