Walaupun pengambil alihan Disney terhadap studio 20th Century Fox pada Mac 2019 menyaksikan majoriti watak-watak komik Marvel bersatu di bawah naungan Marvel Studios, namun masih terdapat beberapa studio yang masih berpaut utuh pada watak-watak utama Marvel. Sebagai contoh, hak milik watak Spider-Man dan villain watak tersebut masih dipegang oleh Sony Pictures. Dan terbaharu, watak Namor pulak masih menjadi hak milik satu lagi studio perfileman lain, menyebabkan filem solonya tidak dapat dihasilkan dalam masa terdekat.

BERKAITAN: Akhirnya Penggabungan Disney Dan 20th Century Fox Selesai Dimuktamadkan!

Melalui satu temubual bersama portal The Wrap, penerbit Marvel Studios, Nate Moore mengesahkan yang walaupun Namor (lakonan Tenoch Huerta) telahpun membuat penampilan sulungnya dalam MCU melalui filem Black Panther: Wakanda Forever, namun Marvel masih belum dapat menghasilkan filem solo Namor kerana hak filem solo Namor masih dipegang oleh Universal Pictures.

BERKAITAN: Review Filem Black Panther: Wakanda Forever (2022) - Pengenalan Namor Dalam MCU

Situasi ini adalah sama seperti mana satu lagi watak terkenal MCU, iaitu Hulk. Universal mengekalkan hak untuk filem solo Hulk, tetapi Marvel masih dibenarkan untuk menggunakan watak Bruce Banner dan Hulk sebagai watak sampingan. 

Menurut Moore lagi, secara dasarnya Marvel mempunyai kebebasan kreatif untuk menentukan bagaimana watak-watak sampingan ini ditampilkan dalam projek-projek Marvel, namun masih terdapat beberapa kekangan.Tambahnya lagi:

It honestly affects us more, and not to talk too much out of school, but in how we market the film than it does how we use him in the film. There weren’t really things we couldn’t do from a character perspective for him, which is good because clearly, we took a ton of inspiration from the source material, but we also made some big changes to really anchor him in that world in a truth that publishing never really landed on, I would argue, in a big way.

Walaupun Universal berpaut pada watak Hulk, namun tiada filem solo watak tersebut dihasilkan oleh studio berkenaan sejak tayangan filem The Incredible Hulk pada 2008. Ianya merupakan filem kedua dalam MCU, dan salah satu daripada empat filem Marvel Studios yang tidak dikawal secara langsung oleh Marvel. Tiga lagi filem adalah filem trilogi Spider-Man MCU lakonan Tom Holland. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post