Siri terbaharu di Netflix, bertajuk The Fabulous disahkan akan mula ditayangkan mulai 23 Disember ini di saluran penstriman itu. Drama tersebut mengisahkan tentang impian, percintaan, dan persahabatan berkisarkan sekumpulan rakan karib dalam industri fesyen.

The Fabulous mengisahkan tentang jurujual Pyo Ji-eun (lakonan Chae Soo-bin) dan jurugambar Ji Woo-min (lakonan Choi Min-ho) merupakan sahabat baik yang bertukar menjadi pasangan kekasih, yang bertemu di sebuah pertunjukan fesyen kendalian sahabat mereka berdua, iaitu pereka Joseph (lakonan Lee Sang-woon) dan supermodel Ye Seon-ho (lakonan Park Hee-jung). 

Jangan lupa saksikan siri The Fabulous di Netflix mulai 23 Disember 2022 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post