Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan antara pelakon yang terpilih untuk tampil dalam filem terbaharu Netflix, bertajuk The Electric State.

Menurut laporan oleh portal Deadline, selain bintang filem Everything Everywhere All at Once itu, pelakon seperti Stanley Tucci, Jason Alexander, Brian Cox, dan Jenny Slate turut tersenarai untuk tampil dalam filem terbaharu tersebut. Sebelum ini, bintang siri Stranger Things, iaitu Millie Bobby Brown dan bintang Guardians of the Galaxy, Chris Pratt turut akan menjadi tunjang utama filem tersebut.

Ringkasan filem The Electric State adalah seperti berikut:

Set in a retro-futuristic past, The Electric State follows an orphaned teen (Brown) as she traverses the American West with a robot and an eccentric drifter in search of her younger brother.

Berdasarkan novel karya Simon Stålenhag yang ditulis pada 2018, filem The Electric State ini diarahkan oleh pasangan adik beradik Joe dan Anthony Russo yang sebelum ini turut mengarahkan filem Avengers: Endgame dan filem Netflix The Gray Man. Menariknya, lakon layar filem ini juga ditulis oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely yang turut terlibat dalam filem Avengers: Endgame.

BERKAITAN: Review Filem The Gray Man (2022) - Geram Dengan Watak Chris Evans!

Filem The Electric State telah dibangunkan sejak 2017 lagi dan pada awalnya akan diarahkan oleh Andy Muschietti. Walau bagaimanapun, beliau menarik dari sebagai pengarah untuk memberikabn fokus kepada penghasilkan filem The Flash, yang bergelut dengan pelbagai masalah.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post