Selepas 15 tahun sejak filem National Treasure: Book of Secrets (2007) ditayangkan, kini nampaknya terdapat perkembangan teraharu berkenaan sambungan filem tersebut. Dalam satu temubual eksklusif bersama portal ComicBook.com, pengarah Jerry Bruckheimer mengesahkan yang skrip filem National Treasure 3 telah ditulis dan kini sedang menunggu persetujuan dari pelakon utamanya, iaitu Nicolas Cage.

Pengarah tersebut mendedahkan perkara itu dalam satu temubual berkait filem terbaharunya, Top Gun: Maverick. Berkaitan skrip filem National Treasure 3, beliau berkata;

Let's hope we're working on the script right now. Hopefully [Cage] likes it, but it's really good. So I think we'll get it to him shortly.

BERKAITAN: Filem National Treasure 3 Bakal Dihasilkan?

Prospek penghasilan filem ketiga dalam francais filem National Treasure itu kelihatan samar-sama dalam beberapa bulan ini, memandangkan Disney+ akan menghasilkan satu siri TV berkait National Treasure, menampilkan semula Justin Bartha sebagai Riley Poole. Namun, Nicholas Cage masih belum disahkan akan kembali samada dalam siri Disney+ mahupun filem. Malah, dalam satu bebenang Reddit AMA, Cage memberikan bayangan tidak akan kembali untuk kedua-dua projek itu, dengan memberikan jawapan ringkas "No" dan menyatakan "the priority was to turn it into a TV show so I would say probably not." Namun perkembangan terbaharu ini mungkin akan memberi sedikit kelegaan kepada peminat francais National Treasure.

BERKAITAN: Disney+ Akan Menayangkan Siri Terbaharu Berdasarkan Filem National Treasure

Setakat ini, Cage masih 'menolak' idea kemunculannya dalam siri Disney+ National Treasure, namun pencipta siri tersebut masih berharap yang beliau akan berubah fikiran dan muncul dalam siri tersebut. Produksi untuk siri Disney+ telah bermula mulai awal tahun ini, dan setakat ini, 2 orang pelakon asal dari filemnya iaitu Justin Bartha dan Harvey Keitel telah disahkan akan kembali sebagai Riley Poole dan Peter Sadusky.

Kedua-dua filem National Treasure dan National Treasure: Book of Secrets kini boleh distrim di saluran Disney+. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post