Selepas berlakon bersama sebagai Ken dan Barbie dalam filem Barbie arahan Greta Gerwig, nampaknya Ryan Gosling dan Margot Robbie kan bekerjasama sekali lagi. Seperti dilaporkan portal Variety, mereka berdua dilaporkan kini dalam perbincangan untuk tampil dalam filem reboot Ocean's Eleven terbitan Warner Bros. 

Bakal diarahkan oleh Jay Roach, perincian filem reboot Ocean's Eleven itu masih dirahsiakan, namun dijangka yang ianya merupakan filem prequel yang mengambil latar Eropah di tahun 1960-an, berbeza dengan filem Ocean's Eleven asal tahun 1960 yang menggunakan latar Las Vegas, dan filem trilogi tahun 2000 ditunjangi George Clooney sebelum ini. Selain itu, terdapat juga filem Ocean’s 8 dihasilkan, menampilkan kumpulan versi wanita dibarisi pelakon seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett dan Anne Hathaway yang berlatarkan bandaraya New York.

Laporan mengenai filem prequel itu mula berlegar sejak Mei lalu, dan pada masa itu khabarkan masih belum diberikan lampu hijau oleh Warner Bros. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post