Filem Abang Long Fadil 3 secara rasminya diumumkan, dan diterbitkan Skop Productions dan Astro Shaw, berdasarkan watak sampingan daripada filem KL Gangster yang diminati penonton filem tersebut. Ianya mengisahkan tentang Fadil, seorang bekas gangster dan mafia, dalam misi baharunya sebagai seorang ejen perisik. Filem Abang Long Fadil 3 merupakan filem ketiga dalam siri filem tersebut, selepas filem Abang Long Fadil (2014) dan Abang Long Fadil 2 (2017).

Saksikan trailer filem Abang Long Fadil 3 di bawah:

Filem Abang Long Fadil 3 mengekalkan Zizan Razak yang memegang watak utama sebagai Fadil, selain menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Johan Raja Lawak (sebagai Chow Han), Dato AC Mizal (sebagai King Cobra), Elizabeth Tan (sebagai Alice), Maya Karin (sebagai Ejen Maya) dan Tania Hudson (sebagai Yana), selain barisan pelakon lain seperti Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Khir Rahman, Shuib Sepahtu, Joey Daud, Daniella Sya, Wak Doyok dan Hairul Azreen.

Pada 2017, filem Abang Long Fadil 2 mengutip RM13 juta selepas 13 hari ditayangkan di 120 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. Susulan kejayaan filem Abang Long Fadil 2 itu, penghasilan filem Abang Long Fadil 3 telah diumumkan. Filem tersebut pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. 

Filem Abang Long Fadil 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 8 September 2022.




KOMEN ANDA

Previous Post Next Post