Nampaknya francais filem Tomb Raider bakal direboot sekali lagi, apabila studio MGM dilaporkan telah hilang hak penerbitan untuk francais tersebut, menyaksikan syarikat-syarikat berpotensi akan merebut hak eksklusif penerbitan filem dan siri TV untuk francais permainan video terkenal itu!

Menurut laporan oleh TheWrap pada minggu lepas, MGM sepatutnya mempunyai tempoh sehingga Mei untuk memberikan 'lampu hijau' penghasilan sambungan filem Tomb Raider (2018), sebagai cara untuk mengekalkan hak eksklusif terhadap francais tersebut. Namun yang sebaliknya pula berlaku, dan kini filem tersebut secara rasminya menjadi filem solo Tomb Raider pertama dan terakhir lakonan Alicia Vikander, tanpa ada filem sambungan rasmi. 

BERKAITAN: Lara Croft Beraksi Dalam Trailer Dan Poster Baru Filem Tomb Raider

Berita ini ternyata mengejutkan, apabila baru sahaja seminggu Alicia Vikander berkongsikan kemungkinan sambungan filem 2018 tersebut bakal dihasilkan, dan bagaimana beliau amat berminat untuk kembali melakonkan watak sebagai Lara Croft. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post