Filem adiwira terbaru dari Indonesia terbitan Satria Dewa Studio, iaitu SATRIA DEWA GATOTKACA yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo kini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula Khamis ini, 18 Ogos 2022. Horizon Film Entertainment dan TGV Pictures adalah pihak yang bertanggungjawab mempamerkan filem ini di pawagam-pawagam Malaysia.

Pengarah filem Satria Dewa Gatotkaca, iaitu Hanung Bramantyo, dan para pelakonnya terdiri daripada Rizky Nazar, Fedil Nuril dan Yayan Ruhian akan hadir di GALA PREMIERE Satria Dewa Gatotkaca yang akan berlangsung di TGV Cinemas, Sunway Pyramid pada Isnin, 15 Ogos 2022.

BERKAITAN: Filem Superhero Indonesia, Satria Dewa Gatotkaca Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada Ogos 2022!

Satria Dewa Gatotkaca merupakan filem pertama dari lapan filem dalam Satria Dewa Semesta (Satria Dewa Cinematic Universe). Filem ini bakal memperkenalkan kepada penonton siapakah Pandawa dan Kurawa, serta adiwira yang terkenal dengan ototbesi GATOTKACA.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post