Semalam, kami berkesempatan menonton filem yang telah diban untuk tayangan di Malaysia, iaitu Lightyear. Kami meontonnya di saluran penstriman Disney+ Hotstar. Dan ini adalah review filem Lightyear dari kami.

Lightyear diarahkan oleh Angus MacLane dan menampilkan suara pelakon terkenal seperti Chris Evans, Keke Palmer, Dale Soules, Taika Waititi, Peter Sohn, Uzo Aduba, James Brolin, Mary McDonald-Lewis, Efren Ramirez, Isiah Whitlock Jr. dan Keira Hairston. Namun begitu, ianya tidak mampu menyelamatkan filem ini yang ternyata sangatlah bosan untuk ditonton.

BERKAITAN: Trailer Filem Lightyear Diperlihatkan - Dibintangi Chris Evans

Disney ternyata dilihat cuba mengaut keuntungan atas populariti watak Buzz Lightyear yang terkenal sejak filem Toy Story (1995) ditayangkan. Filem Lightyear ini mengisahkan watak seorang renjer angkasa, Buzz Lightyear yang dianggap legenda dan pengembaraannya merentas angkasa dan masa, ditemani rekrut baharu yang berani dan robot kucing bernama Sox. 

Watak Buzz Lightyear dalam filem ini diberikan suara oleh Chris Evans, dan telah terdampar di sebuah planet asing sejauh 4.2 juta tahun cahaya dari Bumi ketika menjalankan satu misi, bersama-sama sahabatnya Alisha Hawthorne dan krew kapal angkasa mereka. Cubaan demi cubaan dilakukan untuk kembali semula ke Bumi, namun usaha mereka menemui jalan buntu. Mereka bereksperimen dengan bahan api baharu hasil dari sumber di planet tersebut, namun bahan api yang ditukar ke bentuk kristal itu menjadi tidak stabil, menyebabkan pesawat mereka tidak dapat mencapai kelajuan hyperspeed untuk membolehkan mereka kembali ke Bumi. Setiap kali cubaan dilakukan, misi mereka akan menemui kegagalan, dan membuang masa berharga sehingga menyebabkan akhirnya hanya Buzz seorang yang kekal hidup. Berjayakah Buzz mencapai kelajuan hyperspeed yang diiginkan, dan berjayakah beliau dalam misinya untuk kembali ke Bumi? Filem Lightyear kini boleh ditonton di saluran penstriman Disney+ Hotstar.

Umum nengetahui filem Lightyear ini merupakan filem pertama Disney yang mencetuskan kontroversi pada tahun ini, disebabkan keengganan Disney untuk memotong adegan yang tidak sesuai untuk pasaran Malaysia. Dalam konteks ini, adegan yang dimaksudkan adalah adegan cium mulut pasangan sejenis (yang walaupun hanyalah sepintas lalu sahaja), namun tetap tidak sesuai untuk budaya dan norma masyarakat kita. 

Usai menonton filem ini, kami merasakan filem Lightyear ini agak membosankan. Pembinaan plot agak perlahan, dan jalan ceritanya ternyata agak bersepah, malah tempo filem ini juga agak perlahan. Kami hilang fokus terhadap filem ini mungkin selepas menontonnya selama lebih kurang 30 minit sahaja. Melihat kepada watak-watak yang ditampilkan, kami yakin ianya sekadar ingin dijadikan platform untuk menjual merchandise sahaja, yang sememangnya dapat dilihat sejak sebelum filem ini ditayangkan lagi (namun akhirnya tidak ditayangkan di Malaysia). Pada asalnya memaparkan misi Buzz untuk kembali ke Bumi, bertukar ke plot untuk mencapai hyperspeed untuk menyelamatkan Alisha dan krew-krewnya, kemudian bertukar pula kepada plot penceritaan bertemu rekrut baharu yang merupakan cucu kepada Alisha, dan ada pula pertempuran dengan robot asing Zurg dan B-Zurg, yang mana plot twist di penghujung filem ini agak tidak kena dan klise dengan filem filem lain seupamanya. 

Jadi tidaklah rugi pun jika filem ini tidak ditayangkan di Malaysia. Kami sendiri pun struggle untuk menghabiskan tontonan filem ini, yang pada kami agak mendukacitakan jika dibandingkan dengan hype yang dibina untuk filem Lightyear ini.

RATING SEMBANGFILEM: 2.5/5 BINTANG


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post