Trailer 
filem Lightyear beserta poster terbaharunya telah diperlihatkan, di mana watak utamanya bakal dilakonkan oleh Chris Evans, transisinya usai melakonkan watak Captain America dalam filem-filem MCU. Saksikan trailer filem Lightyear di bawah :


Filem terbaharu oleh Pixar itu mengisahkan origin story watak yang terkenal dari siri filem Toy Story itu.


Chris Evans membawakan watak suara kepada Buzz Lightyear, mengisahkan bagaimana seorang juruterbang pelatih muda bertukar menjadi seorang pengembara angkasa terkenal yang akhirnya menjadi watak alat permainan dalam barisan filem Toy Story (1 hingga 4), di mana dalam filem Toy Story, suara watak tersebut dilakonkan oleh Tim Allen. 



Dalam satu perkongsian di Instagram peribadinya pada Disember 2020, Chris Evans menyatakan keterujaan untuk membawakan watak Buzz Lightyear. Menurutnya :

“Working with Pixar is a dream come true. I’ve been a massive fan of their films since the very beginning. My team could barely contain their excitement when they told me that Pixar had a pitch for me. All they said was ‘Buzz Lightyear. I didn’t know what that meant, since Tim Allen is Buzz Lightyear, and no one could ever touch his performance. I needed to know how this character was different and why this story was worth telling. I can say 2 things with absolute confidence: 1. I didn’t stop smiling through the ENTIRE pitch. Ear to ear. 2. Everyone can rest easy. And get very excited.”

Filem Lightyear bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Jun 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post