Paramount Animation dan Nickelodeon Animation dilaporkan bakal bekerjasama dengan LAFIG Belgium dan IMPS untuk menghasilkan beberapa filem Smurfs.


Projek pertama dari kerjasama itu merupakan sebuah filem muzikal animasi yang akan memulakan produksi pada tahun ini, dan dijadualkan bakal ditayangkan pada 20 Disember 2024. 

Memetik kenyataan Ramsey Naito yang merupakan presiden animasi di Paramount Animation dan Nickelodeon Animation, beliau berkata,

“Nickelodeon is the home to some of the world’s most popular family franchises and we’re honored to add The Smurfs to that roster. We’re excited to tell a story that stays true to its origins, but with a Smurf-tastic musical twist that excites new audiences and builds on the Smurfs franchise and universe of wonderful characters and stories,” 

Untuk rekod, watak-watak dan dunia Smurfs adalah berdasarkan watak dan jalan cerita yang dihasilkan pengkarya dari Belgium, iaitu Pierre Culliford.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post