Studio perfileman Lionsgate dilaporkan akan bekerjasama dengan produser filem Bohemian Rhapsody, Graham King untuk menghasilkan filem biopik Michael, mengisahkan perjalanan hidup Michael Jackson, menurut laporan oleh The Hollywood Reporter.
Projek untuk menghasilkan filem biopik Michael telah diumumkan sejak 2019 lagi, namun tidak menemui studio perfileman yang sanggup bekerjasama untuk menghasilkan filem tersebut, sehinggalah Lionsgate menawarkan diri. Filem Michael nanti dilaporkan akan menampilkan kisah mendalam dan menyeluruh sejak dari awal kemunculan Michael Jackson dengan kumpulan Jackson Five, sehinggalah menjadi terkenal dan digelar King of Pop.
Menurut Joe Drake, Pengerusi Lionsgate Motion Picture Group :
“I am very excited that Lionsgate will be part of this epic film, and thrilled to be working with Graham, who has proven success in telling iconic life stories, from Bohemian Rhapsody to Ali; when combined with John, we couldn’t be in more extraordinary hands.”
Filem ini juga akan turut menampilkan pertikaian undang-undang, saman-saman sivil dan jenayah yang dihadapi Michael Jackson, sehinggalah kepada tuduhan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak yang dihadapinya.
Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009 di usia 50 tahun.
Post a Comment