Selepas diumumkan akan tampil dalam siri Disney+ Secret Invasion, masih belum ada pengumuman tentang watak MCU yang akan dilakonkannya.

Terbaharu, menurut satu laporan oleh Daniel Richtman — dan seolah-olah turut disahkan oleh Cosmic Circus — Clarke dilaporkan akan melakonkan watak G’iah/ Gloria Warner, iaitu  Skrull yang membantu penaklukan Skrull di Bumi dalam siri komik Secret Invasion, namun akhirnya membantu manusia selepas menyedari betapa ganasnya bangsa Skrull. Jika ianya benar, berkemungkinan watak lakonannya ini akan berkembang menjadi lebih besar dan bukan hanya terhenti sekadar di siri Disney+ sahaja.

Siri Disney+ Secret Invasion mengisahkan tentang sekumpulan bangsa Skrull yang boleh berubah rupa dan telah menyusup secara rahsia di Bumo sejak sekian lama. Siri ini akan menampilkan semula Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, selain akan turut menampilkan Ben Mendelsohn sebagai Talos, ketua bangsa Skrull.

Selain itu, pelakon lain yang telah disahkan tampil dalam Secret Invasion adalah seperti Kingsley Ben-Adir, Olivia Colman, Emilia Clarke, Killian Scott, Christopher McDonald dan Cobie Smulders sebagai Maria Hill.

 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post