Dunia filem Indonesia ternyata maju setapak lagi, apabila filem superhero mereka, Satria Dewa Gatotkaca mempunyai semestanya tersendiri, iaitu Satria Dewa Semesta (Satria Dewa Cinematic Universe) Satria Dewa Gatotkaca adalah filem pertama dalam SDCU tersebut.


Filem Satria Dewa Gatotkaca sudah selesai ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia, dan ternyata kini akan ditayangkan pula di Malaysia yang dijadualkan pada 18 Ogos 2022.Filem ini akan diedarkan oleh Horizon Film Entertainment & TGV Pictures. Selain itu, turut diumumkan adalah GATOTKACA X MEDIA PARTNER dibarisi oleh BuzzpopTV, Goggler, Rekomen Filem, Kakuchopurei, Mat Don, Wayangpeople, The Wayangster, Kakimuvee, Miharu Eurdoyne dan kami sendiri.


Menurut salah seorang reviewer dari Malaysia yang membuat liputan pop culture dan sebagainya tentang superhero iaitu BUZZPOPTV yang dikendalikan oleh Nik Nadzru Iskandar, filem Satria Dewa Gatotkaca ini adalah sebuah filem yang menghiburkan dan dapat menarik minat penonton yang menggemari filem MCU dengan jalan cerita yang mudah difahami serta aksi dan komedi penuh warna warni. BUZZPOPTV telah menonton filem ini di Epicentrum XXI, Jakarta ketika pelancaran gala premiere pada bulan Jun yang lalu. 


Satria Dewa Gatotkaca mengisahkan tentang dunia sekarang yang penuh ketegangan kerana menjadi buruan pembunuhan berantai. Yuda (lakonan Rizky Nazar) baru saja kehilangan pekerjaan. Yuda dan ibunya, Arimbi (lakonan Sigi Wimala), yang telah lama kehilangan ingatan, dihalau kerana lambat membayar duit sewa rumah. Oleh kerana itu, Yuda menerima pekerjaan untuk mengambil gambar graduasi kawan kolejnya, Erlangga (lakonan Jerome Kurnia). Namun, di kemudian hari, dia akhirnya melihat sahabat baiknya dan ibunya dibunuh oleh tangan jahat Korawa. Yuda bersama Agni (lakonan Yasmin Napper), seorang perempuan cerdas yang cantik, Dananjaya (lakonan Omar Daniel), Gege (lakonan Ali Fikry), adik Dananjaya, dan veteran Pandawa Ibu Mripat (lakonan Yati Surachman), pengumpul barang antik, mula mencari dalang di balik peristiwa pembunuhan berantai. Dari penyelidikan tersebut, Yuda mula mendapati bahawa dia memiliki kekuatan misteri di dalam dirinya, dan merasa terpanggil untuk melindungi orang-orang yang dia cintai menggunakan kuasa misteri yang dimilikinya itu.

Filem ini dibintangi oleh para pelakon hebat seperti Rizky Nazar, Yasmin Napper, Omar Daniel, Ali Fikry, Yati Surachman, Fedil Nuril, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, Edward Akbar, Jerome Kurnia, Aghniny Haque, Ismi Melinda & ramai lagi.

Filem Satria Dewa Gatotkaca diarahkan oleh Hanung Bramantyo, dan jangan lupa saksikan di pawagam tempatan mulai 18 Ogos 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post