Laporan oleh Totalfilm telah memetik kenyataan Zygi Kamasa, CEO kepada Marv Group (yang menghasilkan filem Kingsman) yang menyatakan terdapat 7 lagi filem dan 1 siri TV Kingsman akan dihasilkan di masa akan datang.

Memetik kenyataan Kamasa tersebut, beliau berkata:

“We want to grow the business and the output. We have a Kingsman TV series in the works and there are two-three other franchises that are being developed alongside the Kingsman world”.

Ketika ini, telah ada 2 filem dalam francais Kingsman yang telahpun ditayangkan, iaitu Kingsman: The Secret Service (2014) dan Kingsman: The Golden Circle (2017), menampilkan Taron Egerton dan Colin Firth sebagai pelakon utama. Egerton melakonkan watak Eggsy Unwin, seorang pemuda biasa dan London yang dipilih menganggotai organisasi perisikan rahsia bergelar Kingsman oleh Harry Hart (Firth). Kedua-dua filem Kingsman tersebut telah mencatatkan kutipan sebanyak USD825.2 juta.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Terbaharu Filem The King's Man - Penuh Aksi Hebat

Filem seterusnya (iaitu filem prekuel) bertajuk The King’s Man, telah dijadualkan untuk tayangan pada Februari 2021, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Daniel Bruhl, Stanley Tucci, Gemma Arterton, Matthew Goode, danAaron Taylor-Johnson. Selain itu, sambungan filem ketiga, iaitu Kingsman: The Blue Blood, kini dilaporkan dalam perancangan, selain sebuah filem spin-off, Statesman yang mengisahkan organisasi perisikan di Amerika Syarikat yang pernah ditampilkan dalam filem Kingsman: The Golden Circle sebelum ini, dibintangi oleh Channing Tatum, Jeff Bridges dan Halle Berry.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post