Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid mendedahkan terdapat 9 daripada 44 buah syarikat produksi yang disyaki menyeleweng Dana Kandungan Digital (DKD) yang diberikan oleh FINAS.

Sumber gambar : BERNAMA

Menurut beliau, isu yang tidak berkesudahan itu membabitkan jumlah dana sebanyak RM11 juta, dan memberikan masa kepada pihak produksi terbabit untuk menghubungi FINAS dengan segera, sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang.

Memetik kenyataannya seperti mana dilaporkan oleh Astro Awani, beliau berkata:
"Ada sembilan lagi syarikat produksi yang gagal dikesan dan kita berharap mereka akan tahu mengenainya melalui pendedahan media. Kita juga mahu mengentahu sama ada projek mereka berjalan atau pun tidak.

"Kalau berjalan dan masih perlu menambah dana kita akan bantu. Kalau dah tidak berjalan, kembalikan semula dana dan kita boleh jalankan projek baru". 

Susulan pendedahan tersebut, Zakaria berkata pihaknya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk memberi ruang kepada sembilan syarikat produksi berkenaan untuk tampil dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tambahnya lagi, FINAS sebolehnya tidak mahu mengheret syarikat produksi ke muka pengadilan kerana ia akan menjejaskan rekod syarikat produksi, selain berhadapan risiko disenarai hitam dan tidak boleh memohon dana lagi pada sama hadapan.

Pada Julai lalu, FINAS telah menyerahkan surat tawaran DKD fasa pertama, di mana sebanyak 44 buah syarikat produksi menerima dana berjumlah RM32 juta.

Sumber : Cinema Online

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post