Evan Peters Bakal Tampil Sebagai Watak Utama Dalam Siri Disney+ WandaVision?


Menurut laporan dari Murphy’s Multiverse, pelakon dari siri filem X-Men sebelum ini, iaitu Evan Peters, dikhabarkan telah menandatangi kontrak untuk muncul sebagai salah satu watak utama dalam siri Disney+ terbaharu, iaitu WandaVision!


Jika pendedakan ini disahkan benar, ini merupakan suatu perkembangan yang menarik. Menurut komik Marvel, watak Pietro Maximoff/ Quicksilver merupakan adik-beradik kembar Wanda Maximoff/ Scarlet Witch. Sebelum ini, Peters melakonkan watak berkenaan dalam filem X-Men terbitan 20th Century Fox. Selain itu, kedua-dua watak Quicksilver (lakonan Aaron Taylor-Johnson) dan Scarlet Witch turut ditampilkan dalam filem Avengers: Age of Ultron terbitan Marvel Studios, namun watak Quicksilver 'dimatikan' di penghujung filem berkenaan. Berbanding versi MCU, Quicksilver versi Evan Peters lebih mendapat tempat di kalangan peminat X-Men dan menerima pujian di kalangan peminat filem Marvel. Jadi tidak hairanlah jika benar laporan yang menyatakan beliau akan kembali melakonkan watak Quicksilver dalam siri WandaVision.


Berlatarkan tahun 1950-an, WandaVision akan menyaksikan Elizabeth Olsen dan Paul Bettany menyambung watak mereka dari filem sebagai Wanda Maximoff /Scarlet Witch dan Vision. Dijangkakan yang siri WandaVision akan menjelaskan bagaimana Vision kembali selepas 'kematiannya' di penghujung filem Avengers: Infinity War. Selain mereka berdua, Kat Dennings (melakonkan watak Darcy dalam filem Thor) dan Randall Park (melakonkan watak ejen FBI Jimmy Woo dari filem Ant-Man and the Wasp) turut akan muncul dalam siri tersebut.

Beberapa gambar dari set penggambaran yang didedahkan sebelum ini turut mengesahkan penampilan pasukan khas Sentient World Observation and Response Department atau S.W.O.R.D., yang merupakan subdivision S.H.I.E.L.D. yang berurusan dengan ancaman makhluk asing yang mengancam keselamatan dunia. 


Selain Elizabeth Olsen dan Paul Bettany, Teyonah Parris turut akan tampil membintangi siri WandaVision sebagai Monica Rambeau versi dewasa, yang mana watak berkenaan sebelum ini tampil sebagai seorang kanak-kanak dalam filem Captain Marvel

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post