Telah heboh di media sosial sebelum ini tentang kewujudan filem Justice League versi sebenar pengarah asal, Zack Snyder sebelum diambil alih Joss Whedon akibat isu keluarga yang melanda Zack Snyder pada ketika itu. Malah, terdapat petisyen di kalangan peminat filem DC, dan kewujudan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut mengesahkan memang terdapat permintaan tinggi para peminat untuk melihat filem Justice League berkenaan, atau seringkali dirujuk sebagai Justice League Snyder Cut


Kini, Warner Bros. secara rasminya mengesahkan kewujudan versi filem berkenaan, dan filem Justice League versi Snyder Cut itu bakal ditayangkan di saluran HBO Max pada tahun 2021!

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter (THR), Snyder telah diberikan bajet tambahan sebanyak antara USD20-30 juta untuk menyiapkan proses suntingan, kesan khas dan lain-lain persiapan filem tersebut sebelum ditayangkan di HBO Max. Namun, tarikh sebenar tayangannya masih belum ditetapkan lagi. 


Susulan pengumuman tersebut, Zack Snyder turut mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“I want to thank HBO Max and Warner Brothers for this brave gesture of supporting artists and allowing their true visions to be realized. Also a special thank you to all of those involved in the SnyderCut movement for making this a reality”.

Berikut pula adalah kenyataan rasmi daripada Pengerusi Warner Media Entertainment dan Direct-To-Consumer, Robert Greenblatt:

“Since I got here 14 months ago, the chant to #ReleaseTheSnyderCut has been a daily drumbeat in our offices and inboxes. Well, the fans have asked, and we are thrilled to finally deliver. At the end of the day, it really is all about them and we are beyond excited to be able to release Zack’s ultimate vision for this film in 2021. This could never have happened if it weren’t for the hard work and combined efforts of the teams at HBO Max and Warner Bros. Pictures”.


Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, J.K. Simmons sebagai Commissioner Gordon dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Justice League telah ditayangkan pada November 2017, namun menerima kritikan yang bercampur baur dari para pengkritik dan peminat filem. Walaupun dipuji dari aspek aksi dan kesan khas, namun gaya pengarahan Snyder dan Whedon dapat dilihat dengan ketara dalam beberapa babak filem berkenaan. Apatah lagi ramai peminat melihatkan Whedon terbawa-bawakan gaya pengarahan filem 'seteru' atau saingan kepada Justice League, iaitu Avengers, menyebabkan jalan cerita Justice League yang tidak konsisten. Dengan bajet USD$300 juta, filem Justice League tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, meskipun mengutip sebanyak USD658 juta.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post