Netflix dilaporkan bakal menghasilkan siri live-action One Piece, yang merupakan manga terkenal dari negara Jepun. Terbaharu, penerbitnya, Marty Adelstein telah memberikan perkembangan baharu terhadap siri live-action One Piece tersebut.


Dalam satu temubual bersama SyFy Wire, pengasas dan CEO Tomorrow Studios, Marty Adelstein menyatakan : 

“We have basically all 10 scripts written. We will start casting when we go back. My suspicion is June 1, but we will start doing our casting. We have a lot of names that we’re talking about, and we should be in production in September. We have been working very closely with Sensei Oda. So, we’re going to get started, and this one is very big. I mean, Snowpiercer was a big production; this is even bigger.”

Manga One Piece ditulis dan diilhamkan oleh Eiichiro Oda, mengisahkan watak bernama Monkey D. Luffy, ketua kepada kumpulan lanun yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menukar bahagian badannya menjadi seumpama getah selepas memakan buah yang dikenali sebagai Devil Fruit. Dalam komik, beliau dan kumpulannya mengembara di lautan luasa dalam usaha mencari harta karun legenda dikenali sebagai One Piece dan akan menobatkannya sebagai Raja Lanun.

Manga One Piece telah diadaptasikan kepada beberapa medium seperti beberapa filem animasi, siri animasi di TV yang telah memasuki 20 musim, pelbagai jenis permainan video, malahan turut mempunyai restoran dan taman tema khusus untuk peminat manga berkenaan di Japan, Taiwan dan Hong Kong.

Jalan cerita siri One Piece akan ditulis oleh Steven Maeda yang akan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama-sama Matt Owens (Agents of S.H.I.E.L.D.), Marty Adelstein dan Becky Clements dari  Tomorrow Studios, dan penulis manga One Piece sendiri, Eiichiro Oda.

Adaptasi manga One Piece berkenaan merupakan kerjasama kedua antara Tomorrow Studios dan Netflix, selepas penghasilan adaptasi untuk siri Cowboy Bebop. Walau bagaimanapun, produksi untuk siri berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga penghujung tahun ini akibat kecederaan di set melibatkan pelakon utamanya, John Cho. 

Selain itu, Netflix turut akan menghasilkan adaptasi untuk siri Avatar: The Last Airbender dan sambungan terhadap adaptasi dari filem Death Note.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post