Henry Cavill Bakal Kembali Melakonkan Watak Superman?

Khabar angin terbaharu dari Hollywood kini melaporkan yang Henry Cavill dikatakan bakal melakonkan kembali watak ikonik dari komik DC, iaitu Superman! Laporan seperti mana dilaporkan oleh portal The Wrap menyatakan sedemikian, selepas Cavill dilaporkan 'tidak sehaluan' dengan studio Warner Bros. selepas penggambaran filem Justice League. 



Walaupun Cavill dilaporkan telah 'dilepaskan' dari watak berkenaan sejak 2018 lagi, namun dalam beberapa temubual selepas itu, beliau menyatakan masih berminat untuk melakonkan watak Superman dan tidak keberatan untuk membawakan watak berkenaan sekiranya ditawarkan. Adakah ini bermakna beliau akan muncul dalam filem Justice League versi Snyder Cut nanti? Sama-sama kita nantikan.

Cavill pertama kali muncul melakonkan watak Superman dalam filem Man of Steel (2013), disusuli filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League (2017), yang akhirnya menjadi titik tolak apabila beliau dikhabarkan tidak akan muncul lagi sebagai Superman dalam filem Warner Bros selepas ini. Ianya berpunca dari sesi penggambaran semula filem Justice League, sehingga menimbulkan perbalahan antara Warner Bros. dan Cavill sendiri kerana menyebabkan gangguan terhadap jadual satu lagi filemnya ketika itu, iaitu Mission: Impossible — Fallout terbitan Paramount Pictures. Walaupun dikhabarkan akan muncul sebagai cameo dalam filem Shazam!, namun selepas 'dilepaskan' dari watak Superman, apa yang ditampilkan dalam filem Shazam! hanyalah sut Superman versi Cavill sahaja tanpa menunjukkan muka aktor terbabit. 


Buat masa ini, Cavill sibuk dengan siri fantasi The Witcher yang ditayangkan di Netflix, yang mana akan memasuki musim kedua tidak lama lagi. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post