SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Sunday, February 2, 2020

Seorang Lagi Pelakon Disenaraikan Untuk Watak Utama Dalam Siri Disney+ Loki


Seorang Lagi Pelakon Disenaraikan Untuk Watak Utama Dalam Siri Disney+ Loki

ComicBook.com melaporkan yang seorang lagi pelakon telah diumumkan bakal memegang watak utama untuk siri Disney+ Loki. Pelakon yang dimaksudkan tersebut adalah Owen Wilson, namun watak yang bakal dilakonkannya masih lagi belum diumumkan.


BERKAITAN: Inilah Dia Senarai Penuh Filem Dan Siri Disney+ Untuk MCU Phase 4!

Dengan pengumuman ini, Wilson akan menyertai barisan pelakon yang telah diumumkan lebih awal, seperti Tom Hiddleston (yang sudah semestinya akan menyambung wataknya sebagai Loki), dan Sophia Di Martino.

Sebelum ini juga, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige akan berkongsi yang siri Loki berkenaan akan berkait secara langsung dengan filem terbaharu Doctor Strange, bertajuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan samada Loki akan tampil dalam filem berkenaan.

Sebagai watak penjahat paling 'diminati' dalam MCU, Hiddleston sebelum ini ada memberikan bayangan yang wataknya itu akan menggunakan Tesseract (yang dilarikannya dalam filem Avengers: Endgame) untuk mencetuskan lebih banyak lagi kekacauan. Menurut beberapa khabar angin, penonton akan dapat menyaksikan Loki dalam perjalanan merentas masa dan meninggalkan kesan terhadap beberapa peristiwa bersejarah. Siri Disney+ Loki juga dilaporkan juga akan sedikit sebanyak mencorakkan kejadian yang berlaku dalam filem-filem MCU di masa akan datang.

Loki akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ pada tahun 2021.

No comments:

Post a Comment