Slot Khas Acara Super Bowl Memperlihatkan Sedutan Terbaharu Siri MCU Disney+


Acara Super Bowl merupakan antara acara sukan yang paling dinanti-nantikan oleh penonton di Amerika Syarikat. Apatah lagi, kebiasaannya acara berkenaan akan menjadi medan studio perfileman menayangkan trailer siri TV dan filem-filem terbaharu mereka di acara sukan tersebut. Pada acara Super Bowl tahun ini, sekali lagi Marvel Studios berjaya mencuri tumpuan apabila menampilkan sedutan-sedutan terbaharu bagi siri Disney+ iaitu Loki, The Falcon and the Winter Soldier dan WandaVision. Saksikan video bagi acara Super Bowl berkenaan di bawah :



BERKAITAN: Seorang Lagi Pelakon Disenaraikan Untuk Watak Utama Dalam Siri Disney+ Loki

Sebelum ini juga, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige akan berkongsi yang siri Loki berkenaan akan berkait secara langsung dengan filem terbaharu Doctor Strange, bertajuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan samada Loki akan tampil dalam filem berkenaan.

Loki akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ pada tahun 2021.


Bagi siri Falcon and the Winter Soldier pula, walaupun perinciannya masih belum diperolehi, namun siri berkenaan dijangka akan mengisahkan tentang perjalanan karier Sam Wilson/ Falcon selepas kejadian dalam filem Avengers: Endgame, di mana Steve Rogers/ Captain America menyerahkan perisainya kepada beliau. Anthony Mackie, Sebastian Stan dan Daniel Brühl telah disahkan akan kembali dalam siri Disney+ berkenaan.

The Falcon and the Winter Soldier akan ditayangkan sebanyak 6 episod, dan dijangka akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ pada Ogos 2020.

BERKAITAN: Siri WandaVision Akan Ditayangkan Di Saluran Disney+ Pada Tahun Ini

Manakala Elizabeth Olsen dan Paul Bettany pula akan menyambung watak mereka dari filem untuk siri Disney+ bertajuk WandaVision. Siri berkenaan dijangka akan menerangkan bagaimana Vision kembali hidup, selepas tewas di tangan Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. Penggambaran siri WandaVision telahpun bermula, dan episod pertama dijangka akan ditayangkan pada tahun ini juga.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post