Catwoman Bakal Muncul Dalam Filem The Batman?

Deadline telah melaporkan yang watak Catwoman akan muncul dalam filem terbaharu Batman, diberi tajuk The Batman. Pelakon Zoë Kravitz dilaporkan akan mengikut jejak pelakon terdahulunya, seperti Julie Newmar, Lee Meriwether, Eartha Kitt, Michelle Pfeiffer, dan Anne Hathaway, sebagai pelakon watak Selina Kyle ataupun Catwoman, dalam filem The Batman itu..

Kredit gambar : ScreenRant

Kravitz bukanlah nama asing dalam penerbitan berasaskan komik, kerana pernah muncul dalam filem X-Men: First Class sebagai Angel Salvadore, selain turut memberikan suara kepada watak Mary Jane Watson dalam filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse. Filem lain yang pernah dilakonkannya adalah seperti Dope, Mad Max: Fury Road, dan siri filem Divergent. 


Ini bukanlah kali pertama Kravitz dikaitkan dengan watak Catwoman. Sebelum ini, beliau pernah memberikan suara kepada watak berkenaan dalam filem The Lego Batman Movie pada 2017. Penampilannya nanti dalam filem The Batman menandakan Catwoman kembali ke layar perak buat pertama kalinya selepas kali terakhir ditampilkan dalam filem The Dark Knight Rises pada 2012, lakonan Anne Hathaway. 


Produksi filem The Batman dijangka bermula pada Januari depan, dan dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم