Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Sebagai Calon Filem Animasi Terbaik Anugerah Oscar 2020

Upin & Ipin sekali lagi mencatatkan sejarah untuk Malaysia! Tular di media sosial semalam apabila filem terbaharu Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, telah  tersenarai sebagai calon awal kategori Filem Animasi Terbaik di Anugerah Oscar 2020! Filem animasi terbitan Les Copaque Production itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa hebat yang lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2!



Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi, penyertaan filem itu dibuat sendiri oleh pihaknya dan idea berkenaan tercetus selepas filem itu menjadi sebutan ramai di Festival Filem Montreal.

Burhanuddin juga memaklumkan bahawa filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan di Los Angeles sebagai memenuhi syarat pencalonan Anugerah Oscar 2020, dan akan menggunakan tajuk Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris.

Malah, beliau berpendapat, usahanya untuk membawa Upin & Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan.

Di bawah ini adalah senarai filem-filem yang merupakan calon untuk kategori Filem Animasi Terbaik di Anugerah Oscar 2020:

Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
Abominable
The Addams Family
The Angry Birds Movie 2
Another Day of Life
Away
Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
Children of the Sea
Dilili in Paris
Frozen II
Funan
Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
How to Train Your Dragon: The Hidden World
I Lost My Body
Klaus
The Last Fiction
The Lego Movie 2: The Second Part
Marona’s Fantastic Tale
Missing Link
Ne Zha
Okko’s Inn
Pachamama
Promare
Rezo
The Secret Life of Pets 2
Spies in Disguise
The Swallows of Kabul
This Magnificent Cake!
The Tower
Toy Story 4
Weathering with You
White Snake

KOMEN ANDA

أحدث أقدم