Seperti mana dalam entri aku sebelum ini Filem X-Men : First Class - Witness The Beginning, filem X-Men First Class ni adalah antara filem yang aku tunggu-tunggu tahun ni. Kan ke dah ada 3 filem X-Men sebelum ni? Kenapa perlu ada filem X-Men : First Class pulak?


Filem X-Men: First Class ni memfokus kepada persahabatan Charles (sebelum dikenali sebagai Profesor X) dan Erik (sebelum dikenali sebagai Magneto) dan sejarah asal usul kumpulan mereka, X-Men dan Brotherhood of Mutants. Ini adalah review aku tentang filem ini.

Jalan cerita : Seperti mana sedia maklum, filem ini adalah 'kisah awal' sebelum wujudnya X-Men dan Brotherhood of Mutants. Yang ada cuma Charles dan Erik, yang berkongsi ideologi yang sama untuk menyelamatkan mutants yang tertindas akibat diskriminasi dari manusia normal. Disebabkan tidak yakin dengan perjuangan Charles, Erik akhirnya membawa haluan sendiri dan berjuang untuk survival mutants dan menguasai manusia normal, bukan untuk wujud secara aman di dalam komuniti.

Penjahat : Ada style. Semua pakai suit. Sebastian Shaw, Azazel, Riptide, ketiga-tiganya kemas bersuit lengkap sepanjang masa. Emma Frost pula memang seksi sebagai satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan Sebastian Shaw. Memang ekslusif penjahat dalam filem ni.

Kesinambungan : Agak pening sebenarnya nak sesuaikan di mana filem ini fit in berbanding 3 filem sebelumnya. Kalau diikutkan filem pertama, X-Men (2000), Profesor X mengatakan kali pertama dia berjumpa dengan Erik ialah ketika berumur 17 tahun. Sedangkan dalam filem ini, Charles berjumpa dengan Erik pertama kalinya ketika menyelamatkan Erik dari lemas ketika nak balas dendam kematian ibunya. Dan bilamana Charles (Professor X) dan Raven (Mystique) boleh tinggal serumah bersama-sama macam adik-beradik angkat, sedangkan dalam filem-filem sebelum ni, tiada interaksi antara Profesor X dan Mystique yang mengatakan mereka pernah kenal antara satu sama lain.

Karakter : Walaupun tak banyak, tapi ada beberapa watak baru yang ditonjolkan, seperti BansheeHavokDarwinAzazelRiptideEmma FrostSebastian Shaw. Watak lain seperti Beast, Mystique, Professor X dan Magneto dah dipaparkan dalam filem sebelum ini.

Pakaian : Suit biru kuning yang dipakai ketika flight scene adalah homage kepada warna pakaian asal dari komik, seperti di atas tu.

CGI : Aku suka scene bila mana Erik a.k.a Magneto angkat submarine dari laut dengan dibantu oleh Charles/ Professor X. Superbly done. Juga Azazel punya teleportation effect (FYI, Azazel adalah bapa kepada Kurt Wagner/ Nightcrawler). Cuma yang aku tak boleh terima, make-up untuk Beast. Nampak 'pelik'. But then, Beast memang pelik pun kan? Hahah.

Itu je la serba sedikit review dari aku yang boleh aku coretkan. Puas jugak mengumpul kerajinan nak taip entri ni. Kalau ikutkan, nak jugak buat review Thor dan Fast 5. Tapi tu lah, kemalasan.

Heh.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post