SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Friday, May 3, 2019

Pelakon Watak Chewbacca, Peter Mayhew Meninggal Dunia


Pelakon Watak Chewbacca, Peter Mayhew Meninggal Dunia

Peter Mayhew, pelakon di sebalik watak popular Chewbacca atau Chewie dalam filem Star Wars, meninggal dunia di usia 74 tahun. 


Dilahirkan di Surry pada 1944, watak pertama dilakonkan Mayhew adalah sebagai Minoton, makhluk robotik Minotaur dalam filem Sinbad And The Eye Of The Tiger. Tetapi watak Chewbacca, atau lebih dikenali sebgai Chewie di kalangan peminat filem Star Wars, yang menjadikan Mayhew terkenal.
Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci, Mayhew menjadi pilihan utama George Lucas untuk mambawakan watak Chewbacca. Untuk 5 buah filem Star Wars, Mayhew membantu menghidupkan watak Chewbacca – menjadikan Chewbacca antara watak penting dalam dunia filem Star Wars. Walaupun mempunyai masalah kesihatan, Mayhew kembali membawakan watak Chewbacca dalam filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens (2015) sebelum menyerahkan watak berkenaan kepada Joonas Suotamo.
Di luar dunia hiburan, Mayhew kerap muncul di konvensyen yang menghimpunkan peminat Star Wars di seluruh dunia. Beliau turut menubuhkan Peter Mayhew Foundation yang aktif dalam bidang kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mayhew menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lepas di rumahnya d utara Texas, meninggalkan seorang balu, Angie dan 3 orang anak.

May the Force be with you, Chewie.

No comments:

Post a Comment