Penggusti John Cena Disenaraikan Sebagai Pelakon Filem Fast & Furious 9!

Ketika dua dari pelakon filem Fast & Furious sebelum ini, iaitu Dwayne Johnson dan Jason Statham muncul dalam filem Hobbs and Shaw tidak lama sahaja lagi, lain-lain barisan pelakon akan meneruskan produksi filem Fast & Furious 9 – atau Fast 9. Ini bermakna bakal ada kekosongan untuk dimasukkan watak tambahan, dan difahamkan yang Vin Diesel telahpun menemui orang yang sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.



Melalui Instagram peribadinya, Diesel mengesahkan yang seorang lagi penggusti, iaitu John Cena – akan muncul dalam filem Fast & Furious 9!

Berikut adalah kenyataan dari Diesel :

“I’m always thinking Fast, and thinking about the responsibility, and making something iconic and deserving of your loyalty. I know this sounds crazy, but every blue moon I feel like Pablo (Paul Walker) up there sends me someone. Another soldier for the fight for truth. Today, someone came by the Toretto gym that speaks to what Pablo would have brought me. All love, always". 

John Cena bukanlah asing dalam dunia lakonan, dengan baru sahaja muncul dalam filem Bumblebee, dan turut menunjukkan sisi komedinya dalam Trainwreck and Blockers. Jika Cena memainkan watak baik, berkemungkinan beliau akan berkongsi kemunculan bersama Johnson nanti dalam filem Fast 10 nanti, sebaik sahaja selesai filem Hobbs and Shaw.


Filem Fast & Furious 9 dijangka akan ditayangkan pada Mei 2020, diarahkan oleh Justin Lin (yang sebelum ini telah mengarahkan Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast 5 and Fast 6). Selain Diesel dan Cena, Fast 9 turut menampilkan kembali Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Chris ‘Ludacris’ Bridges, and Michelle Rodriguez. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post