Gwyneth "Pepper Potts" Paltrow Mengumumkan Persaraan Dari MCU Selepas Filem Avengers: Endgame

Filem Avengers: Endgame merupakan petanda berakhirnya satu era untuk filem-filem Marvel, dan petanda bermulanya fasa baru untuk Marvel Cinematic Universe (MCU). Apatah lagi berkemungkinan di akhir filem Avengers: Infinity War, telah ada bayangan beberapa watak akan dimatikan secara kekal untuk memberi laluan kepada watak-watak baru yang akan diperkenalkan semula susulan pembelian 20th Century oleh Disney, yang akan menyaksikan hak penerbitan filem untuk watak-watak dari filem X-Men dan Fantastic Four kembali menjadi hak milik Marvel. Para peminat sendiri pun telah berteka-teki dan berbalah pendapat tentang kemungkinan watak Tony Stark, Steve Rogers dan Thor menemui 'penamat' di akhir filem Avengers: Endgame. Dan kini, pendukung watak Pepper Potts, iaitu Gwyneth Paltrow sendiri telah mengumumkan yang beliau akan bersara dari watak tersebut dan filem Avengers: Endgame akan menjadi filem MCU terakhirnya. 


Bercakap kepada Variety, Paltrow merasakan inilah masa yang paling sesuai untuknya bersara dari watak berkenaan. Menurut Paltrow : 

“I mean, I’m a bit old to be in a suit and all that at this point. I feel very lucky that I did it, because I actually got talked into it. I was friend with Jon Favreau. It was such a wonderful experience making the first ‘Iron Man’ and then to watch how important it has become to fans.”

Paltrow sememangnya merupakan salah satu orang terpenting dalam MCU kerana beliau tampil dalam filem Iron Man (2008) sebagai salah seorang pelakon utama. Dan melihat kepada pendedahan sebelum ini yang Paltrow akan tampil dengan sut perisainya sendiri sebagai Rescue, sudah tentunya filem Avengers: Endgame akan menjadi pengakhiran yang terbaik untuk watak Pepper Potts. Menurut Paltrow lagi : 

“I feel honored to be a part of something that people are so passionate about. Of course, if they said, ‘Can you come back for a day?,’ I will always be there if they need me.”

Selain sut perisai Rescue barunya dan khabar angin yang menyatakan Iron Man akan menemui ajalnya, satu lagi perkara yang menjadi bualan ramai sekarang ini adalah, adakah Pepper dan Tony akan mendapat anak dalam filem Avengers: Endgame, dengan Paltrow sendiri menyebut berkaitan khabar tersebut dalam satu temubual pada tahun lalu. 

Filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di pawagam pada 26 April 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post