Penggambaran Filem Jumanji 3 Kini Bermula!


Sekali lagi, Dwayne ‘The Rock’ Johnson menjadi tumpuan apabila mengumumkan melalui laman Twitter peribadinya yang filem Jumanji 3 secara rasminya telahpun memulakan penggambaran. Saksikan posting di Instagram peribadinya di bawah :


Sambungan kepada filem Jumanji: Welcome to the Jungle (2017), filem Jumanji 3 telahpun dalam perancangan sejak beberapa tahun lalu, dengan skrip dinukil oleh Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner. Pengarah filem terdahulu (Jumanji: Welcome to the Jungle), Jake Kasdan akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem Jumanji 3

Filem Jumanji: Welcome to the Jungle (2017) merupakan sambungan kepada filem Jumanji yang ditayangkan pada tahun 1995 dan telah mencatatkan kutipan sebanyak USD956 juta, lebih 3.5 kali ganda lebih daripada filem Jumanji (1995). Filem tersebut juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengatasi kutipan filem Spider-Man: Homecoming di pasaran Amerika Syarikat tidak berapa lama dahulu.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post