Khabar angin terbaru ini pastinya mendatangkan senyuman kepada 80's kids seperti kami. Apa tidaknya, The Weinstein Company dikhabarkan dalam usaha meneruskan projek filem Knight Rider, dengan dua pelakon telah dikaitkan untuk watak utama dalam filem tersebut.


Khabarnya pelakon Chris Pratt akan membawakan watak Michael Knight, dan Danny McBride akan memberikan suara kepada K.I.T.T., kereta crime fighter yang boleh bercakap.

Kepada sesiapa yang tak familiar dengan siri ini, Knight Rider adalah siri tv yang popular semasa zaman kanak-kanak kami yang menampilkan kereta hitam dengan personaliti sendiri yang terkenal dengan signature scanner LED berwarna merah di bahagian hadapan kereta. Siri tv ini pernah difilemkan suatu masa dulu tetapi dikritik oleh ramai peminat kerana jalan cerita yang entah apa-apa dan K.I.T.T. yang dipindahkan ke badan kereta lain.

Tiada kepastian lagi tentang khabar angin tetapi jika benar, memang kami amat menantikan hasilnya nanti. Harapnya ia tak flop seperti mana siri TV baru pada tahun 2008 dulu.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post