Beberapa gambar terbaru daripada satu lagi filem berdasarkan komik Marvel, bertajuk Guardians Of The Galaxy telah diperlihatkan untuk tatapan peminat filem.


Filem terbaru daripada Marvel ini menampilkan watak-watak seperti Star-Lord (Chris Pratt ), Gamora (Zoe Saldana), Rocket Raccoon (disuarakan oleh Bradley Cooper), Groot (disuarakan oleh Vin Diesel), dan Drax the Destroyer (Dave Bautista).


Filem Guardians of the Galaxy dikhabarkan akan menemui penonton pada 1 Ogos 2014 nanti. Pasti banyak kelainan filem superhero yang ditampilkan oleh Marvel dalam filem Guardians of the Galaxy ini nanti.


Memang banyak kelainannya filem Guardians of the Galaxy nanti. Manakan tidak, seorang yang separuh manusia separuh alien, pokok yang boleh bercakap, dan raccoon yamg gemarkan pistol dalam satu team superhero. Tak sabar kami nak menantikan hasil filem Guardians of the Galaxy nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post