Pelakon Paul Bettany telah lama menjadi sebahagian daripada Marvel Universe dengan menjadi penyumbang suara kepada watak pembantu artificial intelligence (A.I.) kepada Tony Stark, iaitu J.A.R.V.I.S. Namun kini, pelakon terbabit telahpun disahkan akan membawakan watak sebenar dalam filem The Avengers: Age Of Ultron. Menurut Variety, Paul Bettany akan membawakan watak The Vision, android yang dicipta oleh Ultron, watak jahat dalam filem sambungan The Avengers tersebut.


Persoalan sekarang ialah, adakah The Vision versi filem ini mempunyai kaitan dengan J.A.R.V.I.S.? Sebelum ini ramai yang berspekulasi mengatakan Ultron merupakan J.A.R.V.I.S. yang telah corrupted. Ataupun adakah The Vision nanti merupakan android ciptaan Ultron hasil daripada J.A.R.V.I.S yang telah digodam masuk?

Nampaknya ini perkembangan menarik tentang filem The Avengers: Age Of Ultron. Tak sabar kami menantikan tayangannya pada 2015 nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post