Pelakon ini telah muncul dalam filem The Dark Knight, Harry Potter, Robocop dan akan muncul dalam Dawn Of The Planet Of The Apes. Kini, pelakon tersohor Gary Oldman dikhabarkan akan membintangi filem Star Wars Episode VII pula.


Dalam temubual bersama Sky Movies, Oldman mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi tentang filem Star Wars VII. Beliau mendedahkan :

"They’ve called. You know, I’m more cynical about it now. I’ll believe it when I’m on the plane home. The deal isn’t done, but yeah, they’ve inquired. I mean Planet of the Apes, Harry Potter, Batman, and Star Wars… bloody hell!” 

Barisan pelakon yang telah disahkan untuk filem arahan J J Abrams ini termasuklah pelakon asal line up Star Wars seperti Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Billy Dee Williams dan Anthony Daniels.

Dan kalau betul dengan adanya pertambahan Gary Oldman nanti, sudah tentulah jadi lebih menarik nanti. Secaranya peribadinya, kami memang penggemar watak yang dibawakan oleh Gary Oldman dalam filem Harry Potter dan The Dark Knight.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post